Monday, February 1, 2016

Updated - Cara Pendaftaran Murid Dajah Satu Selangor 2017

Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Tahun 2017. Jika anda masih lagi belum mendaftar persekolahan anak-anak untuk memasuki  tahun 1 pada tahun 2017, bolehlah berbuat demikian. Ini dikhuatiri tempat ke darjah 1 di negeri Selangor akan penuh.
selangor darjah 1 pendaftaran


Mulai 1 Mac 2015, permohonan untuk darjah satu mula dilakukan secara online. Permohonan anak-anak ke darjah 1 untuk tahun 2015 masih lagi boleh dipohon sehingga kini.

Untuk pendaftaran  dan manual Murid tahun 1 2017:

Semoga anak anda dapat didaftarkan untuk memasuki darjah 1 ( tahun 1 ) di Selangor bagi sesi 2017.

Tapi, mengikut status terkini, sistem esppel telah dihentikan operasi dan mengikut maklumat kementerian, akan dibuka pada 1 Mac 2016.

 "Permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 dan 2018 akan dibuka pada 1 Mac 2016."

rujuk: https://public.moe.gov.my/


Wednesday, August 19, 2009

Jom kita BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. 
  
2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
  
  
3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 
  
4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan. 
  
5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 
  
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 
  
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 
  
8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
  
9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 
  
10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.
  
  
HAVE A WONDERFUL DAY!!! 
  
BELAJARLAH BERSYUKUR... ... 

Petua Jadikan Anak Sebagai "Winner"

Assalamualaikum,
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang 'outstanding' berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik .
- bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik
tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu
dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam
Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - ada kajian yang
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap
hari espeacially seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau
kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini
akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak.
Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia
akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya
motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang
sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar
lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah
keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau
takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang
membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi
jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di
hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya
layan bebudak bercakap. Saya penah jumpa dgn anak kawan
saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi
seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana,
pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan
yang takleh dibeli di tempat lain.

9.. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn
kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah
sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah
yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah 'mega' bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah
Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
- ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya
iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri
dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut
eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt
terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya
baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak
kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang
sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau
pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita
dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran
ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa
yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak
nya...mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan
diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2, nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda
lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah,
atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar
dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa
sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh
dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . Hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya.
Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

Thursday, May 28, 2009

Fakta menarik !!!

Adakah anda tau?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna YoshidaKogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di duniayang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun..Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampumerosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyakmampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikanyang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan danbukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegasgambling casinos. Dengan ketiadaan jamakan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikitfilem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat
ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari oranglain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamukhanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimanamangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkansekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kumanberterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akantenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehinggake tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico Citytenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyakdi dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dansenang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di WashingtonD.C mengalahkan pendudukpenduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanyamenggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembalidan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untukbahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentangfakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarikminat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkantiada no 8. kan ? dan pasti ramai yang berhajat untuk checking tulisan padazip masing2?heheheeee...!!!

OK dah pegi buat keja hehehe...!!!

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih..

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah , yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam ,padahal jawapan
semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo , gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Thursday, May 21, 2009

Hikmah cerita burung pipit...

Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor Burung Pipit mulaimerasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada lingkungan yangdituduhnya tidak bersahabat. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkantempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yangkonon khabarnya, udaranya selalu dingin dan sejuk.

Benar, lama kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makinsejuk, dia semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi. Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah keranatubuhnya diselaputi salji.

Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si Burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan lalu datangmenghampirinya. Namun si Burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor Kerbau, dia mengherdik si Kerbau agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya.

Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat diatas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki-maki si Kerbau. Lagi-lagi Si kerbau tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi,dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung.

Seketika itu si Burung tidak dapat bersuara kerana tertimbun kotoran kerbau. Si Burung menjadi pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapatbernafas. Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan, salji yang membeku padabulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya tahi kerbau, dia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah.

Si BurungPipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas- puasnya. Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dankemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisasalji yang masih melekat pada bulu si burung.

Setelah bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.. Namun apa yang terjadi kemudian, seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si Burung, dan tamatlah riwayat si Burung Pipit ditelan olehsi Kucing.

Dari kisah ini, banyak pesanan moral yang dapat dimanfaatkan sebagai pelajaran:

Halaman tetangga yang nampak lebih hijau, belum tentu sesuai buat kita. Baik dan buruknya penampilan, jangan dijadikan sebagai satu-satunya ukuran. Apa yang pada mulanya terasa pahit dan tidak enak, kadang kadang boleh berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.

Ketika kita baru sahaja mendapat kenikmatan, jangan lupa dan jangan terburu nafsu, agar tidak menyesal kelak. Waspadalah terhadap Orang yang memberikan janji yang berlebihan.

P/S: Bukankah ALLAH ada berpesan dalam Al-Quran..barangkali yang kita suka itu tak elok buat kita, dan barangkali yang kita benci itu sebenarnya yang terbaik untuk kita. Sama-samalah kita beringat, supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi.

Cerita lawak je ni...

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanl ah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk". Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek". Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah". Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!" Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?" Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+?? Kwang Kwang Kwang ...

p/s: anak saper sebenarnya budak nih? -- ---


"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"